Monday, July 28, 2008

Umrah 2008 #2

A bit more pictures at Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarrah





Jalan ke masjid, ada ramai org jual kain, sejadah, minyak wangi etc. Bila azan jer diorang kemas2 barang2 and just letak kat tepi tu. Kat sini pencuri kurang, sebab kena potong tangan

The ladies gi masjid tangan kosong, balik solat singgah2 penuh dua2 tangan.





Di Jabal Uhud atau Bukit Uhud, disini la berlakunya Perang Uhud. Ramai tentera Islam yg gugur syahid.


On the way to Makkah, singgah di Bir Ali untuk ambil niat umrah and solat sunat ihram......... umrah kena berniat di miqat (tempat) tertentu bukan main balun ikut suka hati.






Stesen minyak tengah padang pasir........stesen basic gila bukan cam Malaysia tapi minyak dia murah, lagi murah dari mineral water......satu litre 0.26sen........Malaysia satu litre 2.90.....padan muka.



Dari Madinah ker Mekah lebih kurang 6 jam naik bas........left Madinah at around 630am and reached Mekah at around 200pm. Still in my ihram we made our way to Masjidil Haram for my umrah..........again here for the first timer and old timer sama2 tergamam bila kelihatan Kaabah di depan mata



Jalan menuju ker Masjidil Haram, org lain sibuk baca-baca doa aku sibuk ambil gambar.


Jual barang dalan van betul2 kat pintu masjid......pilih la apa ko nak semua dua riyal setiap satu.






Jgn la buat alasan tak tau bahasa arab so tak nak datang sini...........kat sini semua cakap melayu dari driver bas ker tokay kedai. Kat restoran pun cakap melayu......"Sheikh...roti canai satu.....dia balas...........siapppppppppppp. Lagipun diorang cakap la...org Malaysia la yang paling ramai datang ker Mekah ni...tiap2 hari ada.....sampai iklan pun dia tulis bahasa melayu.



Sewaktu menunggu solat isyak, aku merendek-rendek la kat masjid......aku naik sampai tingkat atas.......dulu aku datang x sempat nak terokai masjid ni.........punya la besar boleh muatkan 3 juta jemaah. Tengok berapa ramai nya manusia......masing2 dengan tujuan yang sama iaitu untuk mendapat keredhaan dan keampunan Allah S.W.T. Time in between Maghrib and Isyak is the best time for tawaf sunat, cuaca pun x begitu panas










Ada banyak lagi pic...tapi setengah tu kena sensor la........badan penapisan tidak meluluskan untuk tatapan umum hahaahahahahah. Kalau ada rezeki, memang aku nak gi lagi tapi kali ni Haji la pulak tak kan umrah jer.......Haji kena cuti 42 hari...boleh ker Boss aku bagi cuti lama tu......kalau company ni bapak aku punya senang la. Ni aku cuti 12 hari pun dah mengelupur cam ikan kena bakar.



So pic terakhir ni kalau korang nak tau nama dia unta...............

Thursday, July 24, 2008

Umrah 2008 # 1


Plane that took me to Jeddah, flight was at 1100am lepas subuh left home to my mum's place at Bangsar where I left my car there and then off to KLIA.




Makanan dalam Saudi Arabian Airlines ni lebih kurang cam MAS la.............like shit. Mintak Pepsi pun x ada, yang ada teh....lagi lagi teh. Onboard interactive game pun cam siot....macam zaman awal 90an........ada la Super Mario bodoh tu.

On board somewhere in the middle of Selat Melaka



Sampai Jeddah lebih kurang kul 230 petang, airport dia bukan macam KLIA, kena turun tangga...teringat aku cerita2 melayu yg lama2 dulu. Nak cakap sikit pasal awek2 arab ni.....kat KLIA bukan main open....tudung kemana...jubah kemana.....bila masuk departure hall jer terus berselubung....sampai tanah arab jer terus pakai hijab erkkkk yang tutup muka tu. Cuaca kat jeddah lebih kurang 41 degree......panas2.



From Jeddah terus ker Madinah Al- Munawaarah, lebih kurang 5 jam perjalanan naik bas...kalau naik unta 3 hari. Permandangan yang menarik sepanjang perjalanan......padang pasir dan bukit2 batu. Time ni terbayang macam mana Rasulallah S.A W bersusah payah dalam usaha menyebarkan syariat Islam.


Berhenti makan and solat kat R&R, R&R dia bukan cam kat Hway PLUS tu, kat sini ada kedai sebijik and Masjid tu jer.

Sampai kat Madinah lebih kurang pukul 1000 malam, sampai jer kat sempadan tanah haram Madinah aku dapat saksi kan kemeriahaan pada wajah para jemaah, group aku ada 29 orang. Bagi yang pertama kali ker sini dapat kelihatan wajah mereka yang begitu ceria dan ada juga yang menitiskan air mata apabila melihat mineret Masjid Nabawi. Aku masa mula ker sini tahun 2006 pun begitu...excited and at the same time terharu.


Sampai kat hotel , letak bag aku n wife turun cari jubah utk aku.....kat sini pakai jubah jer sepanjang masa, bila lagi nak pakai, kat Malaysia pakai jubah cari nahas la......silap2 gi Masjid Imam demam ker ko lak kena jadi Imam.



Dari Jabir R.A, bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda " Melakukan sekali sembahyang di dalam masjid ku ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain kecuali Masjidil Haram. Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain". Sebab itu la aku suka datang ker sini.

Hotel sungguh dekat dengan Masjid Nabawi, literally kat enterance to the Mosque. Solat subuh pukul 334 pagi kat Masjid Nabawi. Selesai solat aku berjalan ker makam Rasulallah.......disebabkan aku otai kat Madinah ni kekekekeekek dah pernah sampai so aku tau la kat mana Makan Rasulallah dan apa yang hendak diucapkan.....tapi walaupun dah berkali-kali ker sini hati aku mesti sayu bila ker Makam Rasulallah. Setiap kali setelah solat fardu aku akan ker sini.......ketenangan bila berada disini Rasulallah tidak dapat diucap atau digambarkan. Pergi kubur atuk nenek aku pun x sayu. Disini dapat lihat ramai insan-insan yang menitiskan air mata. Lebih kurang 10 minit di makam Rasulallah sambil mengucapkan salam aku pun beredar balik ker hotel untuk breakfast.

Couple2 yang ingin ker sini ada peringatan sedikit, lelaki perempuan diasingkan.....makam Rasulallah S.A W hanya boleh dilawati oleh lelaki sahaja pada bila-bila waktu. Wanita hanya pukul 1100 and selepas zohor kot. Ada couple yg mengada-ada tak boleh berpisah sekejap...meluat aku tengok asyik nak berkepit. Sampai sini aku buat hal aku.....wife buat hal dia........kita hanya jumpa time makan and time mintak duit untuk shopping.

Lagi pic persekitaran Masjid Nabawi.






Selain masjid Nabawi, aku ker masjid Quba iaitu masjid pertama dibina oleh Rasulallah S.A.W selepas beliau berhijrah dari Mekah ker Madinah.



Dari Usaid Bin Zahir R.A meriwayatkan sebuah hadis yg maknanya " Satu sembahyang didalam Masjid Quba diberi pahala seumpama seperti menunaikan satu ibadat umrah"

Thursday, July 17, 2008

Facinating Holiday

I am back....... touchdown at KLIA at 1330.........tired, coughing, sun-burned but nevertheless satisfied...............after spending 3 nights at Madinah and 7 nights at Makkah.


Time to get some decent sleep...........

**sigh**

Thursday, July 3, 2008

Liwat Ker Tak........Antara Reality Atau Fitnah



DSAI in the news again...all for the wrong reasons.............

Aku 50-50 nak caya ker tak caya.......

Aku percaya kerana :-

i) Coming from all boys school like he does.....not impossible. Aku dulu pun all boys residential
school tapi aku ok...straight. 5 tahun oooo kat Alam Shah.

ii) Dulu dah kena dgn Sukma ker apa ker. Pisang X berbuah 2 kali tanpa sebab.

iii) Yg kena sodomy pun jambu la jugak......jambu ker.

Memilih gak DSAI ni......kalau yg report tu macam ni aku mushykil la jugak


Aku X percaya kerana :-

i) DSAI tu kan sakit belakang yg kronik.....daya ker dia nak melakukan perkara terkutuk tu dengan budak lelaki yg sihat dan cukup makan. Tak logic budak tu x melawan.

ii) Connection budak tu dgn VVIP, memushkilkan aku.......

Ada banyak lagi factor2 tak kuasa aku nak menulis....aku ni dua2 pun aku x suka DSAI & Dollah Badawi...... pegi mampos la korang.