Wednesday, December 24, 2008

No Motif No.7

Overheard wife talked on the phone this morning,

She must be talking to someone in need of a partner....

"Choose someone who is sexually attractive not sexually active"

Trying to figure out what the hell does she mean by that........any suggestion?????

Sunday, November 30, 2008

Bersenam.....Cara Hidup Sihat

Last friday gi check BP....alhamdullilah turun sikit but still not enough.........Dr tu suruh aku do more exercise..........adoiiii bab ni la yang aku malas. Kalau suruh pantang makan aku x kisah sangat sebab aku pun sebenarnya tak kuat makan. suruh kurangkan rokok pun aku rasa boleh tapi nak bersenam ni aku x der masa la........kat bilik boleh la.

This weekend aku gagah gak la .........exercise aku berlari2 dengan hero kat rumah mak aku. Sungguh letih main permainan kanak-kanak , permainan org dewasa pun tak seletih ini, nasib baik tak pengsan tengah padang.

Siap sedia utk berentap.......





Main bola or rather kejar bola.....


Monday, November 24, 2008

Buzy......like a Bee

Fuhhh....lama gila x update........nak kata busy ....busy la jugak tapi sebenarnya malas.......and lack of substancive ideas..

More than a month since the last entry, nothin much happen to me, the same routine day in day out.
Pagi pergi office petang balik...........

Late last month buat renovation sikit kat rumah, tukar floor tiles kat tangga and upper floor.....boring tengok colour sama jer so tukar colour lain...All rooms kat atas aku tukar including my study room and bilik sembahyang via bilik iron baju. Toilet door pun aku tukar nak match kan dgn colour floor tiles. So disebabkan itu aku dah pokai.



Tiba-tiba last few weeks aku jadi health consious. Makan berpantang, pagi makan oat and malam makan capati. Tapi rokok juga tak boleh berhenti. Aku jadi health consious setelah mendengar pelbagai penyakit yang menyerang rakan2 yang lebih kurang sebaya dengan aku.......risau gak.


Mendengar ada yang early forties dah kena heart attack, membuatkan aku risau gak dah la aku ni tak buat exersice. Cuma baru-baru ini jer , kalau gi solat aku jalan kaki ker masjid instead of berkereta. Hopefully mencukupi la exercise ku itu mauhahahaahahaha.

28hb ni ada full medical check up seperti diarah kan oleh isteri....tengah fikir ni nak buat ker tak.

Last sekali aku buat bulan February 2006 kat Pantai Medical Center.........semua ok line clear.

Takut gak within 2 years boleh timbul penyakit ker...............


Sunday, October 19, 2008

Night Time Tales........

Bedtime- Normally she would sleep on my arm and after 15 mins bila dah agak2 dah lena i would remove my arm and golek2 untuk tidur...............tapi last night she insists that i dont remove that arm till morning, therefore aku x boleh golek2 untuk tidur dan pagi ini badan aku dah sakit2 sebab tidur cam robot tak berubah tempat not to mention tangan kanan aku dah kebas...........

Saturday, October 18, 2008

Entry Tak Ada Motif #6

Nothing much happen this week as wife puasa the whole week........it was suppose to be for both of us but I usually gagal at 0930 am bila tea lady sampai di anjung pintu.

Therefore I had to take her out everynight to berbuka puasa.................meredah hujan yang amat lebat. Minggu ni petang jer hujan, hujan pulak tu selebat-lebatnya.

Kerja, minggu ni macam biasa sibuk tapi tak kaya-kaya. Pak Lah nak visit projek aku di Bukit Jalil on the first week of December. Menyibok jer dia ni , dah nak berhenti tu dok la diam-diam. Tak pasal2 budak2 aku lak mengelupur nak kena dapatkan CF sebelum Pak Lah visit.

Semalam sepatutnya ada majlis raya anjuran PKNS di Shah Alam, tapi rasa cam malas lak nak drive ker Shah Alam, dah la hujan , jalan mesti jem. Walaupun dah dapat lesen pergi seorang tapi mood lak tak der.

Saturday, October 11, 2008

2nd Week Of October

By now most of us are back at work, working our butt off to make a decent living, i just read in one of the blogs that KJ spent RM180,000 at Mesyuarat UMNO Machang to get the nomination for KP..........banyak duit mamat ni.

Anyway last week has been a hectic one as one of my key assistant is on maternity leave, as such most of reports which she used to draft for me are being drafted by myself, taking a lot of my time.

Monday :- Org masih dalam mood raya tapi aku dalam bilik bertungkus lumus menyiapkan water reticulation report for phase2 Taman Melawati. In between masuk juga LA untuk mendapat ilham bagi menyiapkan report. Malam bawak family gi Johnny kat Alpha Angle, steamboat time.

Tuesday :- Masih berkerja keras menyiapkan pelan2 bekalan air untuk Taman Melawati dateline is on Friday and i am confident i can complete those by the dateline. I have a number of technical assistants who are good and reliable. And all my assistants are women. i find that women work better, they are more into details.

Wednesday :- Siapkan road & drainage design untuk apartment di Jalan Madge. I hate this Client, semua nak cepat. Malam kena nasi kandar kat Wangsa Maju tapi tak sedap nasi lembik.

Thursday :- Pagi2 dah ke Agensi Nuklear, Bangi ada discussion till 1030, tapi sebelum tu singgah Serdang, ingat nak breakfast nasi lemak rendang daging tapi tutup pulak.

Friday :- Submit segala design2 aku to Client, then tengah hari ada parti raya kat office. Lepas solat Jumaat pergi Agensi Nuklear ada discussion lagi till 400 petang. on the way balik singgah beli goreng pisang as wife is at home today.

Saturday :- pagi bangun lambat lagi, subuh miss lagi..adussss. Wife pergi pasar tani aku masih tidur. Bangun kul 1030 cam tu breakfast nasi lemak then layan movie. Ari ni tak ada plan nak kemana-mana.....layan internet jer la kot di samping melayan isteri ....ahakss.

---------out--------

Wednesday, October 1, 2008

1 Syawal 2008

Selamat Hari Raya ............

Writting this entry at 218pm, on Hari Raya...........yes on Hari Raya. Org lain sibuk beraya aku dok depan pc..........loserrrrr.

Raya tahun ni sungguh la tak best, sebab semua family aku balik Kg kecuali aku, i mean semua ok, tak ada satu pun tertinggal, semua uncles & aunties aku pun dah cabut balik kampung, aku jer terkonteng2 kat KL. Aku beraya kat Kelang belah my wife. Tahun2 sebelum ni my parents selalunya balik kampung on 3rd or 4th day raya, so tak terasa la sangat, this time around awal-awal lagi dah cabut.

Summary of my raya:-

3o ramadan 1945 balik Kg #1 Bangsar, cuma mak & ayah aku jer yang ada both my sisters dah berangkat ker Sungai Petani. Diorang dah kelentong kata nak bertolak selepas solat sunat Hari Raya. My parents will be leaving esok selepas solat sunat Hari Raya. Spent about half an hour there, then off to Kg # 2 Kelang. Kat Kelang pun sama cuma MIL & FIL jer yang ada, collect 6 batang lemang (home cooked), 2 untuk family aku and 4 lagi aku nak bagi kat neighbour2 aku. Spent about half an hour then balik Wangsa Melawati..........
selesai acara balik kampung aku.

Pagi Raya - Gi solat then balik rumah makan2 dan bermula acara salam-salaman bermaaf-maafan bukan 18sx..........relex2 tengok tv. Kena relex cukup2 sebab malam ni ada BBQ party kat rumah aku, exclusively untuk family belah my wife.......dijangkakan rumah aku akan penuh sesak sebab segala pakcik and makcik dia akan datang, ada yang aku x kenal pun dari Ipoh dan Raub................

out dulu nak tidur, mem dah sedap tidur.....

Monday, September 22, 2008

Ramadhan Family Gathering

Puasa sudah masuk minggu ketiga........dan lebih kurang seminggu lagi ia akan meninggalkan kita, and on Saturday my dad n mum organise a berbuka puasa session at their place, tidak ramai yang dapat hadir dan seperti biasa keluarga belah my mum yang ramai......aunties and uncles.
From my side aku donate ayam golek and kuih, tu pun wife yang beli as she was out shopping the whole day and aku tidur sepanjang hari .........sedap tidur hujan2. Arrived at Bangsar around 7.00, buat2 sibuk sikit sementara menunggu waktu berbuka dan seperti biasa gossip2 politik berkumandang sambil makan.
Sedikit pic yang diambil, quality x bagus, maklum la bulan puasa........

Last minit adjustment oleh adik aku

Lagi makanan yang dihidangkan

Ayam golek aku..hahahaahahaha

Makan2 time ...siapa nak makan heavy meja hujung

Dessert - Buah and kuih


Lagi kuih n buah


Hero tengah makan mee hon

Rumah mak dah pasang pelita..........rajin betul diorang ni

Sekian ......out

Saturday, September 13, 2008

God Help Malaysia....

621 am saturday morning having difficulty to sleep when i heard the news that a number of people have been arrested under the ISA......apa kena mengena dengan aku..........mengada2 thats what my wife said..........memang la x der kena mengena tapi aku rasa Pak Lah has lost it again and again and that made me sad........how can the future of this nation be at the mercy of just a few guys.......and sadly all are dickheads.



Yang dia pi tangkap 2 chinesse women buat apa........it will make things worst.

why not charge them in open court......my opinion on ISA is that it should be used and limited to terrorist only. How do u define terrorist, for me org yang nak bom sana bom sini tu la terrorist.....i am just trying to be simple not complicated.......kalau nak define terrorist sampai kiamat pun dok argue.



Minggu ni aku busy aku benci betul bila busy time-time ramadhan ni.............ari khamis pagi2 dah terpacak kat Agensi Nuklear Malaysia, meeting kul 0900 pg. Org2 gomen hari khamis pakai baju batik , aku pakai baju tie.....seems like out of place, nasib baik x pakai suit mau pening kepala.



Projek aku kat Agensi ni agak interesting gak la....nak cerita banyak2 x berani sebab rahsia kerajaan...location projek pun x boleh bagitau org........nak masuk meeting pun badan kena x-ray takut aku ada bawa camera ker tape recorder ker. Pengarah tu pulak masa meeting asyik dok tanya aku tentang technical matters.....aku sebenarnya bukan reti sangat, kebanyakkan jawapan aku tibai jer....tapi aku tengok dia macam setuju jer sambil angguk2 kepala, nampak sangat dia lagi bebal dari aku.



Meeting abis kul 1230 aku terus rush gi masjid solat zohor and terus ker office, banyak design aku yg outstanding.....janji dgn client so rasa x sedap hati kalau x dapat tunaikan janji so aku gagah kan diri untuk siapkan road and drainage design untuk Amanjaya Township kat Sungai Petani. Tu pun x siap lagi aku ingat Monday ni aku nak generate the finite element model. Silap design mau banjir rumah orang.



Friday aku sibuk dengan kilang roti Gardenia..................aku siapkan due diligence report and terus courier that afternoon. Hari ni aku senang hati sebab finally dapat payment dari client aku kat Singapore........ . Dia ni bayar setahun sekali tapi sekali bayar banyak la jugak tu pun lepas aku acah2 tak nak buat lagi kerja diorang. Aku tolong diorang ni design Park 7 Condominium dekat KLCC......dah siap dah pun tunggu DBKL issue CF . Ada 2-3 condominium around KL ni yang aku tengah design.......kat Jalan Madge, Jalan Beringin and Sec 14 PJ. Aku target nak siap kan semua ni by year end.......tahun 2009 aku nak cuti setahun......boleh ker. Cuti setahun dok kat Mekah........thats is my dream which my wife says wishful thinking.



Semalam aku pergi pejabat pos nak claim rebat....makcik kat kaunter cakap boleh claim seminggu lepas renew road tax.......cibai dah la aku tunggu lama dia suruh aku datang next week....dia kata JPJ belum masukkan data aku dalam main computer so kena datang balik after one week.....mau jer aku maki, lain kali letak la notice ker apa..



Khamis and Jumaat pergi pasar ramadhan Melawati, juadah sama jer , Khamis beli nasi dagang yang tak sedap......Jumaat beli roti canai yg kecik2 tu tah apa nama.....pun x sedap. Basically food kat sini semuanya x sedap tapi bila lapar semua nak beli.

Tuesday, September 9, 2008

Saja-Saja


Hari ni dah sembilan hari umat Islam berpuasa.....


Lagi 7 hari Sept 16.......


Tak abis2 sorang mamat melayu yang konon hendak jadi hero

Aku anti betul org yang menggunakan unsur2 perkauman untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga. Mamat ni aku agak la....dia frust tu x der pangkat........setakat ketua bahagian pergi la mampos.

Cakap berapi2 nak protect Melayu.......but for the last 30 years in power ..........what have u done...............tell me if u dare.

People hate UMNO mainly due to their leaders yang lebih mementingkan berapa banyak harta yang dapat dikumpul................sekarang terima la padah nya................org tamak selalu rugi.

Wednesday, September 3, 2008

UMNO -The Destroyer

The lack of Malay support to UMNO is due to their own making, how can we trust leaders yang mempunyai sikap berpura-pura yg tinggi disamping mempunyai hanya satu tujuan iaitu memperkaya dan memperkasakan diri sendiri dan keluarga.

Melayu hancur disebabkan oleh pemimpin2 UMNO yg tamak ini. Dont blame it on PKR.....it is your own stupid dick head.

Sekarang ini banyak kedengaran org2 UMNO memainkan isu2 perkauman........aku heran apasal PDRM tidak bertindak. Nak tunggu sampai ada yg bergaduh baru nak bertindak ker.....atau sebab mereka itu UMNO........x boleh buat apa2. Banyak laman2 web pro-UMNO yang sedang menyiarkan isu2 yang boleh memudharatkan keharmonian masyarakat........tetapi tidak dikenakan apa2 tindakan.

Sebagai contoh, Ketua Pemuda UMNO Perak, bukan main bising bila MB bagi tanah kat sekolah cina. Dia bising suruh bagi kat sekolah melayu juga....... Pegidah dia dulu 50 tahun berkuasa kat Perak, satu ela pun x bagi kat sekolah agama....ini nak cakap banyak.




---out----



Ramadhan muncul kembali..............dan selamat berpuasa bagi yang berpuasa which in case if you are not aware.......all muslims diwajibkan berpuasa.


I was in Bangsar last Sunday night when the announcement was made, arguing with my dad on the date of 1st Ramadhan. Pukul 8.00 malam dia dah kecoh2 nak pergi solat tarawikh kat masjid padahal pengumuman belum lagi....kecoh2 suruh alihkan kereta, kereta aku memblok kereta dia. Aku dgn selamba cakap puasa hari Selasa la...apa nak kecoh2, Then suddenly the annoncement is on TV and puasa on Monday....HUH...How did he know puasa on Monday.....??


Malam tu ta pau rendang ayam untuk bekalan sahur. Although i was reluctant (actually nak cepat balik tgk bola), but she insists and asked the wife to ta pau knowing very well kat rumah aku x der apa nak makan muahahahahahahaha.


First day puasa, surprisingly went smoothly...........mana taknya.....tidur sepanjang hari. Also this puasa I want to give up...really give up smoking. May God help me.



Wednesday, August 27, 2008

Padan Muka..........Embarrasing & Humiliating Defeat

Keputusan pilihanraya kecil P.44 Permatang Pauh sudah diketahui. Alangkah sedih nya la wahai org2 BN especially from UMNO......dah la kalah......sampai terlondeh seluar.

They seems not to have learned any lessons from the March tsunami............they employ stupid advisors so they deserve it........aku paling suka sekali tgk KJ.......bukan main cakap besar konon election kat Permatang Pauh ni adalah kubur DSAI...........Aku heran betul la dengan mamat ni...nak kata bodoh memang dah bodoh......kluar kan statement yg sebegitu knowing very well it is not an easy task to win.






Budak ni memang bodoh melambung2 and not to mentioned arrogance...........how can he even consider himself as a future leader....................I have no liking to this guy a bit..............and i am pretty sure majority of Malaysian feels the same way. He has no credibility at all, yang dia pandai cuma memburukkan orang sama la macam Ezam. Tidak ada apa yg keluar dari mulut diorang melainkan keburukan orang lain.





Cuba la compare dengan ini:-





Just look at this humble man........macam ni la leader yang kita mahu, berfikiran panjang.

Sekarang ni UMNO macam bercelaru disebabkan pemimpin no 1 dan no 2 panic........panic sampai sanggup mempermainkan agama untuk kepentingan politik mereka. Sembahyang tak nak tapi sumpah dia la yg dulu............itu la perangai org2 UMNO ini.

Mereka tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan nasib org Melayu...jauh sekali Islam.

I hope we can bury UMNO once and for all in PRU13............unless of couse Tun Dr. M or Rafidah or even Muhyiddin overthrow these bastards.

p/s .....wa suka Rafidah Aziz Jadi PM......tolong la jgn kutuk

Saturday, August 16, 2008

What An Insult...........

They will do anything to justify that this boy is actually kena liwat dgn DSAI.......as more and more of this drama being played out..the more i am convince that all these is part of dirty politics by a desparate UMNO.

Sesiapa pun boleh bersumpah dgn Al-Quran , lebih2 lagi kalau budak tu solat pun tak pernah, puasa tak payah cakap la.....jadi apa hal kalau nak sumpah2 ni. Menang tak ada hal....sebab tuhan pun mereka tidak takut. Kalau suruh perompak bersumpah, i am sure berduyun-duyun akan ke pejabat agama untuk bersumpah dan seterusnya dilepaskan dari tuduhan mencuri.

What an insult to this great religion........I am surprise that pegawai-pegawai agama juga terlibat dengan skima ini.

May God have mercy on this people

Najib says that Saiful has redeemed himself at the eyes of the public.................yerla in the eyes of public but not God. I think this Najib couldnt care less about God, does he think he will live forever.....bodus melambung-lambung.

" Ya Allah tunjukkanlah kekuasaan mu terhadap mereka-mereka yang mempermainkan kitab dan agamamu".

Thursday, August 14, 2008

UiTM - Racists

Aku heran bukan main kuat melenting bila MB Selangor cadang untuk bagi 10% kemasukan ker UiTM kepada bangsa asing.

Tidak kah UiTM sedar bahawa ianya adalah satu-satu nya Universiti didunia yang mengamalkan syarat kemasukan berpandukan kepada bangsa seseorang itu. Saya amat malu dengan keadaan ini dan reason yang selalu diutarakan ialah melayu masih mundur dan perlukan pembelaan.......adakah melayu sebegitu mundur, malas , dungu dan sombong.

Saya tidak fikir begitu dan semua ini adalah kerana POLITIK. Saya tidak pernah belajar di UiTM atau pun menjejakkan kaki di UiTM tapi saya rasa adalah satu langkah yang kebelakang jika UiTM ini hanya untuk org melayu sahaja.....dimanakah persaingan..dimanakah permuafakatan antara kaum dan sebagainya.

Saya bernasib baik kerana dapat melanjutkan pelajaran di University Of Sheffield, dimana para pelajarnya adalah dari seluruh dunia.....rakan2 karib saya adalah dari Romania, Poland dan sorang tu dari Kenya. Kami bergaul seperti biasa dengan pelajar2 tempatan malah begitu akrab sehingga kan makan dan minum pun boleh share2. Kita belajar budaya mereka dan sedikit sebanyak bahasa mereka juga.

Balik kepada UiTM, nampak nya pelajar2 melayu disitu sungguh hebat tapi bukan dari segi akedemik tapi hebat berdemonstrasi.....sanggup berjalan 2km. Itu aje la diorang ni pandai...pandai nak cari publisiti murahan. Sebab itu kot company ini tidak mengambil graduan UiTM sebagai staff. Terlalu manja. Walaupun bukan semua yang terlibat tapi...disebabkan nila setitik rosak susu sebaldi.......

Sebanarnya kalau bagi 10% .........saya rasa bangsa asing pun tak teringin nak masuk UiTM.
Rasa-rasa boleh ker belajar kalau dalam class tu 16 negro ko sorang jer kulit cerah.

Sekarang aku lapar nak makan ini :-






Saturday, August 9, 2008

No Motif Again....


Hoisting our flag upside down as a sign of distress...........i will not do that.......i would rather burn the UMNO, PKR, MCA,DAP,MIC,IPF,PAS......or shit on it but not the national flag.

Lagi bagus kalau hang the pictures of Dollah n Najib upside down.

I hate kalau buat meeting hari Jumaat petang. But that exactly what happen on Friday, aku ada meeting di Agensi Nuklear, Bangi pukul 300 petang. Why.....because aku kena tergesa-gesa and it is universally accepted that work on Friday ends after lunch.

Oleh kerana itu aku kena drive macam pelesit untuk mengejar waktu solat Jumaat. Kalau aku solat dulu kat KL then pergi meeting memang x sampai la pukul 3 tu. So aku solat di UKM, sampai2 ngam2 azan, tapi ramai orang sebab UKM ada convo. Tapi aku pelik la masjid UKM ni, tengah2 dewan solat utama ada void area. Siapa la yang design Masjid ni....meaning saf ke 10 hingga ker saf ke 18 tu kosong. Siapa yang solat di saf ke 18 tu depan dia ruang kosong. Ishhhhh pelik tul..........

Habis meeting nak balik rumah leceh betul...jem bagai nak gila.......Friday memang hari jem.....dari Bandar Tasik Selatan sampai la ke Kg.Pandan. Dah la aku ada appointment dgn mem, konon2 nak gi minum petang kat Kopitiam.......... hari jumaat dia x pergi keje kalau pergi pun half day. Disebabkan oleh kelambatan minum kat rumah jer and aku singgah beli kuih. Malam Jumaat tu memang tak kluar sebab nak tgk Olimpic opening ceremony.

Malam ni , sebagai menantu yang baik aku nak gi dinner di rumah in-laws...............hukkkkkkkk.

Saturday, August 2, 2008

Entry X Der Motif # 5

Had a hectic week dengan banyak kerja nya dengan selsemanya dengan sakit gigi nya......i had to attend to 3 jobs last week.....managed to siapkan 2 .

i) Attend to queries from Kementerian Pelajaran Malaysia pertaining to Sek Men Sains Bentong, Bagi hari Jumaat (petang) nak result hari Rabu. Diorang ni gila ker ingat design bangunan macam buat kuih ker satu dua hari boleh siap.

ii) Attend to Puncak Niaga Sdn Bhd pertaining to Integrated Water Supply Scheme at Taman Melawati.

iii) New factory for Gardenia Bakery at Shah Alam

Managed to siapkan i & ii, nak benda cepat aku pun design sesedap rasa la.....no iii ni sukar sikit and aku tidak ada idea yg bernas untuk start....so Friday morning konon2 nak cari idea kat chat...langsung jadi malas nak buat. Sampai sekarang aku x start2..........stressedddddd.

Semalam balik office aku tidur.........nasib baik wife kejut kul 745 kalau tak sure miss maghrib.
Lepas maghrib gi dinner kat Kak Eita Steamboat.....afterwhich gi Bangsar, melawat ibu dan ayah. Sampai Bangsar kul 1000 malam, both my sis tak ada gi Mega Mall, nasib baik mak ayah ada.

Monday, July 28, 2008

Umrah 2008 #2

A bit more pictures at Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarrah





Jalan ke masjid, ada ramai org jual kain, sejadah, minyak wangi etc. Bila azan jer diorang kemas2 barang2 and just letak kat tepi tu. Kat sini pencuri kurang, sebab kena potong tangan

The ladies gi masjid tangan kosong, balik solat singgah2 penuh dua2 tangan.





Di Jabal Uhud atau Bukit Uhud, disini la berlakunya Perang Uhud. Ramai tentera Islam yg gugur syahid.


On the way to Makkah, singgah di Bir Ali untuk ambil niat umrah and solat sunat ihram......... umrah kena berniat di miqat (tempat) tertentu bukan main balun ikut suka hati.






Stesen minyak tengah padang pasir........stesen basic gila bukan cam Malaysia tapi minyak dia murah, lagi murah dari mineral water......satu litre 0.26sen........Malaysia satu litre 2.90.....padan muka.



Dari Madinah ker Mekah lebih kurang 6 jam naik bas........left Madinah at around 630am and reached Mekah at around 200pm. Still in my ihram we made our way to Masjidil Haram for my umrah..........again here for the first timer and old timer sama2 tergamam bila kelihatan Kaabah di depan mata



Jalan menuju ker Masjidil Haram, org lain sibuk baca-baca doa aku sibuk ambil gambar.


Jual barang dalan van betul2 kat pintu masjid......pilih la apa ko nak semua dua riyal setiap satu.






Jgn la buat alasan tak tau bahasa arab so tak nak datang sini...........kat sini semua cakap melayu dari driver bas ker tokay kedai. Kat restoran pun cakap melayu......"Sheikh...roti canai satu.....dia balas...........siapppppppppppp. Lagipun diorang cakap la...org Malaysia la yang paling ramai datang ker Mekah ni...tiap2 hari ada.....sampai iklan pun dia tulis bahasa melayu.



Sewaktu menunggu solat isyak, aku merendek-rendek la kat masjid......aku naik sampai tingkat atas.......dulu aku datang x sempat nak terokai masjid ni.........punya la besar boleh muatkan 3 juta jemaah. Tengok berapa ramai nya manusia......masing2 dengan tujuan yang sama iaitu untuk mendapat keredhaan dan keampunan Allah S.W.T. Time in between Maghrib and Isyak is the best time for tawaf sunat, cuaca pun x begitu panas










Ada banyak lagi pic...tapi setengah tu kena sensor la........badan penapisan tidak meluluskan untuk tatapan umum hahaahahahahah. Kalau ada rezeki, memang aku nak gi lagi tapi kali ni Haji la pulak tak kan umrah jer.......Haji kena cuti 42 hari...boleh ker Boss aku bagi cuti lama tu......kalau company ni bapak aku punya senang la. Ni aku cuti 12 hari pun dah mengelupur cam ikan kena bakar.



So pic terakhir ni kalau korang nak tau nama dia unta...............

Thursday, July 24, 2008

Umrah 2008 # 1


Plane that took me to Jeddah, flight was at 1100am lepas subuh left home to my mum's place at Bangsar where I left my car there and then off to KLIA.




Makanan dalam Saudi Arabian Airlines ni lebih kurang cam MAS la.............like shit. Mintak Pepsi pun x ada, yang ada teh....lagi lagi teh. Onboard interactive game pun cam siot....macam zaman awal 90an........ada la Super Mario bodoh tu.

On board somewhere in the middle of Selat Melaka



Sampai Jeddah lebih kurang kul 230 petang, airport dia bukan macam KLIA, kena turun tangga...teringat aku cerita2 melayu yg lama2 dulu. Nak cakap sikit pasal awek2 arab ni.....kat KLIA bukan main open....tudung kemana...jubah kemana.....bila masuk departure hall jer terus berselubung....sampai tanah arab jer terus pakai hijab erkkkk yang tutup muka tu. Cuaca kat jeddah lebih kurang 41 degree......panas2.



From Jeddah terus ker Madinah Al- Munawaarah, lebih kurang 5 jam perjalanan naik bas...kalau naik unta 3 hari. Permandangan yang menarik sepanjang perjalanan......padang pasir dan bukit2 batu. Time ni terbayang macam mana Rasulallah S.A W bersusah payah dalam usaha menyebarkan syariat Islam.


Berhenti makan and solat kat R&R, R&R dia bukan cam kat Hway PLUS tu, kat sini ada kedai sebijik and Masjid tu jer.

Sampai kat Madinah lebih kurang pukul 1000 malam, sampai jer kat sempadan tanah haram Madinah aku dapat saksi kan kemeriahaan pada wajah para jemaah, group aku ada 29 orang. Bagi yang pertama kali ker sini dapat kelihatan wajah mereka yang begitu ceria dan ada juga yang menitiskan air mata apabila melihat mineret Masjid Nabawi. Aku masa mula ker sini tahun 2006 pun begitu...excited and at the same time terharu.


Sampai kat hotel , letak bag aku n wife turun cari jubah utk aku.....kat sini pakai jubah jer sepanjang masa, bila lagi nak pakai, kat Malaysia pakai jubah cari nahas la......silap2 gi Masjid Imam demam ker ko lak kena jadi Imam.



Dari Jabir R.A, bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda " Melakukan sekali sembahyang di dalam masjid ku ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain kecuali Masjidil Haram. Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain". Sebab itu la aku suka datang ker sini.

Hotel sungguh dekat dengan Masjid Nabawi, literally kat enterance to the Mosque. Solat subuh pukul 334 pagi kat Masjid Nabawi. Selesai solat aku berjalan ker makam Rasulallah.......disebabkan aku otai kat Madinah ni kekekekeekek dah pernah sampai so aku tau la kat mana Makan Rasulallah dan apa yang hendak diucapkan.....tapi walaupun dah berkali-kali ker sini hati aku mesti sayu bila ker Makam Rasulallah. Setiap kali setelah solat fardu aku akan ker sini.......ketenangan bila berada disini Rasulallah tidak dapat diucap atau digambarkan. Pergi kubur atuk nenek aku pun x sayu. Disini dapat lihat ramai insan-insan yang menitiskan air mata. Lebih kurang 10 minit di makam Rasulallah sambil mengucapkan salam aku pun beredar balik ker hotel untuk breakfast.

Couple2 yang ingin ker sini ada peringatan sedikit, lelaki perempuan diasingkan.....makam Rasulallah S.A W hanya boleh dilawati oleh lelaki sahaja pada bila-bila waktu. Wanita hanya pukul 1100 and selepas zohor kot. Ada couple yg mengada-ada tak boleh berpisah sekejap...meluat aku tengok asyik nak berkepit. Sampai sini aku buat hal aku.....wife buat hal dia........kita hanya jumpa time makan and time mintak duit untuk shopping.

Lagi pic persekitaran Masjid Nabawi.






Selain masjid Nabawi, aku ker masjid Quba iaitu masjid pertama dibina oleh Rasulallah S.A.W selepas beliau berhijrah dari Mekah ker Madinah.



Dari Usaid Bin Zahir R.A meriwayatkan sebuah hadis yg maknanya " Satu sembahyang didalam Masjid Quba diberi pahala seumpama seperti menunaikan satu ibadat umrah"