Thursday, July 24, 2008

Umrah 2008 # 1


Plane that took me to Jeddah, flight was at 1100am lepas subuh left home to my mum's place at Bangsar where I left my car there and then off to KLIA.




Makanan dalam Saudi Arabian Airlines ni lebih kurang cam MAS la.............like shit. Mintak Pepsi pun x ada, yang ada teh....lagi lagi teh. Onboard interactive game pun cam siot....macam zaman awal 90an........ada la Super Mario bodoh tu.

On board somewhere in the middle of Selat Melaka



Sampai Jeddah lebih kurang kul 230 petang, airport dia bukan macam KLIA, kena turun tangga...teringat aku cerita2 melayu yg lama2 dulu. Nak cakap sikit pasal awek2 arab ni.....kat KLIA bukan main open....tudung kemana...jubah kemana.....bila masuk departure hall jer terus berselubung....sampai tanah arab jer terus pakai hijab erkkkk yang tutup muka tu. Cuaca kat jeddah lebih kurang 41 degree......panas2.



From Jeddah terus ker Madinah Al- Munawaarah, lebih kurang 5 jam perjalanan naik bas...kalau naik unta 3 hari. Permandangan yang menarik sepanjang perjalanan......padang pasir dan bukit2 batu. Time ni terbayang macam mana Rasulallah S.A W bersusah payah dalam usaha menyebarkan syariat Islam.


Berhenti makan and solat kat R&R, R&R dia bukan cam kat Hway PLUS tu, kat sini ada kedai sebijik and Masjid tu jer.

Sampai kat Madinah lebih kurang pukul 1000 malam, sampai jer kat sempadan tanah haram Madinah aku dapat saksi kan kemeriahaan pada wajah para jemaah, group aku ada 29 orang. Bagi yang pertama kali ker sini dapat kelihatan wajah mereka yang begitu ceria dan ada juga yang menitiskan air mata apabila melihat mineret Masjid Nabawi. Aku masa mula ker sini tahun 2006 pun begitu...excited and at the same time terharu.


Sampai kat hotel , letak bag aku n wife turun cari jubah utk aku.....kat sini pakai jubah jer sepanjang masa, bila lagi nak pakai, kat Malaysia pakai jubah cari nahas la......silap2 gi Masjid Imam demam ker ko lak kena jadi Imam.



Dari Jabir R.A, bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda " Melakukan sekali sembahyang di dalam masjid ku ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain kecuali Masjidil Haram. Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain". Sebab itu la aku suka datang ker sini.

Hotel sungguh dekat dengan Masjid Nabawi, literally kat enterance to the Mosque. Solat subuh pukul 334 pagi kat Masjid Nabawi. Selesai solat aku berjalan ker makam Rasulallah.......disebabkan aku otai kat Madinah ni kekekekeekek dah pernah sampai so aku tau la kat mana Makan Rasulallah dan apa yang hendak diucapkan.....tapi walaupun dah berkali-kali ker sini hati aku mesti sayu bila ker Makam Rasulallah. Setiap kali setelah solat fardu aku akan ker sini.......ketenangan bila berada disini Rasulallah tidak dapat diucap atau digambarkan. Pergi kubur atuk nenek aku pun x sayu. Disini dapat lihat ramai insan-insan yang menitiskan air mata. Lebih kurang 10 minit di makam Rasulallah sambil mengucapkan salam aku pun beredar balik ker hotel untuk breakfast.

Couple2 yang ingin ker sini ada peringatan sedikit, lelaki perempuan diasingkan.....makam Rasulallah S.A W hanya boleh dilawati oleh lelaki sahaja pada bila-bila waktu. Wanita hanya pukul 1100 and selepas zohor kot. Ada couple yg mengada-ada tak boleh berpisah sekejap...meluat aku tengok asyik nak berkepit. Sampai sini aku buat hal aku.....wife buat hal dia........kita hanya jumpa time makan and time mintak duit untuk shopping.

Lagi pic persekitaran Masjid Nabawi.






Selain masjid Nabawi, aku ker masjid Quba iaitu masjid pertama dibina oleh Rasulallah S.A.W selepas beliau berhijrah dari Mekah ker Madinah.



Dari Usaid Bin Zahir R.A meriwayatkan sebuah hadis yg maknanya " Satu sembahyang didalam Masjid Quba diberi pahala seumpama seperti menunaikan satu ibadat umrah"

No comments: